Monday, 9 April 2012
Sunday, 8 April 2012
Masalah-masalah Murid Pemulihan
Kanak-kanak yang perlu menjalani program pendidikan pemulihan biasanya terdiri daripada murid-murid yang kurang bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran. Antaranya ialah :
- Mereka yang mempunyai kelemahan dalam membaca, menulis dan mengira serta kelemahan dalam daya pemikiran yang abstrak. Mereka juga tidak mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan antara yang penting dengan yang kurang penting seperti dalam kefahaman dan menganalisis teks disebabkan kurangnya daya cipta dan kekurangan penguasaan kosa kata
- Pertuturan yang mempunyai kelemahan dalam koordinasi pancaindera dengan pemikiran dari segi pengamatan, pendengaran dan pertuturan.
- Lemah dalam penerimaan konsep-konsep yang baru, tidak boleh mengingat kembali, tidak mempunyai akal yang cerdas serta kurang pengalaman tentang alam sekeliling.
- Kurang keyakinan diri kerana dikuasai oleh perasaan rendah diri, tidak boleh bertindak balas dengan bebas kerana kelemahan sikap kanak-kanak itu sendiri.
- Gagal dalam ujian atau peperiksaan dan lemah / mundur dalam pelajaran. Tercicir daripada sekolah pada peringkat awal lagi
- Ketidakbolehan belajar sesuatu dalam masa yang terhad
- Darjah kecerdasan yang rendah apabila dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya.
MURID PEMULIHAN KHAS
Merupakan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Pelajar-pelajar ini lambat menguasai sesuatu kemahiran yang disampaikan kepada mereka. Murid-murid ini juga mempunyai pencapaian yang rendah berbanding murid-murid lain yang sama peringkat persekolahan dengan mereka.
Oleh itu, tindakan pemulihan perlu diberikan dengan segera bagi mengatasi masalah pembelajaran yang berterusan ini. Pendidikan pemulihan merupakan satu usaha atau perkhidmatan khas yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah dan kesulitan pembelajaran di sekolah-sekolah. Tujuan pendidikan pemulihan ini adalah untuk membantu murid-murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka.
Oleh itu, tindakan pemulihan perlu diberikan dengan segera bagi mengatasi masalah pembelajaran yang berterusan ini. Pendidikan pemulihan merupakan satu usaha atau perkhidmatan khas yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah dan kesulitan pembelajaran di sekolah-sekolah. Tujuan pendidikan pemulihan ini adalah untuk membantu murid-murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka.
Carta Organisasi Pemulihan
Guru Besar
Guru Penolong Kanan 1
Guru Hem
Guru Kokurikulum
Guru Pemulihan
AJK
Guru Penolong Kanan 1
Guru Hem
Guru Kokurikulum
Guru Pemulihan
AJK
Hari Pertama Bengkel
Hari ini 9hb April.Aku dikehendaki hadir ke bengkel pembinaan Blog selama 2 hari
cerita hari ini
Mulai tahun 2010 saya membuat sedikit perubahan dalam penulisan blog ini. Blog ini memaparkan serba sedikit mengenai hal ehwal di sekolah ini dari sudut dan diari seorang guru pemulihan khas. Saya juga akan menyelitkan sedikit aktiviti peribadi saya untuk kenangan buat diri saya. Apa yang ditulis di sini adalah sekadar memanjangkan maklumat yang diketahui untuk dikongsi bersama. Kadang-kadang maklumat yang ditulis di sini berdasarkan idea, pendapat dan perasaan saya. Apa-apa yang dicatat di sini sekiranya boleh mengganggu perasaan orang lain, adalah di luar tanggungjawab saya dan saya tidak memaksa orang lain menerimanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)